Powered By Blogger

10 Mei 2012


KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

*Kredit to Sumber: Laman Nurani

'APAKAH NILAI SEBUAH KASIH SAYANG'




Assalamualaikum & salam ceria semua >.<


Entri hari idah nak share dengan anda semua berkenaan 'Nilai Sebuah Kasih Sayang'..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kit sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. 

Sumber: Mahligai

Sabarnya Seorang Bapa..



09hb Februari 2012
0900pm
Sandakan, Sabah

Baru 2 jam sampai kat rumah di Sandakan. Abang pula baru nak lelapkan mata sebab keletihan memandu hampir 6 jam dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Idah pula baru nak makan selepas tidurkan Umairah. Baru nak masukkan suapan pertama, handset berbunyi..kat skrin nama tertera 'Bonda'..perasaan idah da tak keruan. Mama beri salam dan bertanya cucunya dah tidur ke belum? Idah jawab dah tidur dengan abahnya. Suara ibu kedengaran tenang saja. Selepas itu, mama cakap.."idah..mama ada nak beritahu ni..tapi idah jangan kelam-kabut & terkejut ya..". Idah dah mula tak sedap hati. Idah jawab..kenapa ma? bapa ok kan?. Mama senyap buat beberapa saat..lalu berkata "bapa muntah & berak darah..banyak nak..sekarang mama kat wad kecemasan dengan adik-beradik kamu yang lain. Astaghfirullahalazim..Ya ALLAH..idah tanya mama bagaimana keadaan bapa sekarang. Mama cakap bapa agak stabil dan masih di monitor oleh doktor kat wad kecemasan.  Idah cakap kat mama..Insya'ALLAH nanti idah khabarkan pada abang. Jika bukan malam ini juga kami balik ke kampung, awal pagi nanti.  Idah kejutkan abang & khabarkan berita bapa. Abang kata pukul 2 pagi nanti kita bertolak ya yang, lagi pun masa tu lori besar tak banyak sangat. Idah jawab baiklah, abang rehatlah dulu. Idah berdoa dalam hati semoga semuanya selamat & dipermudahkan.

 "Kami balik pada 04hb Feb untuk melawat bapa yang sakit dan melawat mama serta adik-beradik kampung. Hampir seminggu di kampung idah & abang mohon izin kembali ke Sandakan atas sebab tuntutan kerja & cuti yang tak banyak. Selama kami di kampung, idah lihat bapa ceria, bersemangat, ada selera makan & yang paling penting tak tunjuk langsung sakit yang dialaminya. Bila idah tanya bapa ok tak..ada rasa kurang selesa & sakit kat mana-mana tak..bapa akan jawab..macam biasalah nak..sakit tua..da check up doktor kata tekanan darah normal, paras gula normal, gout bapa pun dah tak kerap datang dah. Malah bapa siap bergurau..kalau idah nak adik boleh lagi ni..idah gelak sambil urut kaki bapa..dalam hati dah sebak dah tak sanggup nak tengok mata bapa. Idah jawab kat bapa..alala kalau idah nak adik pun..kena minta lampu hijau dari mama juga...bapa gelak sakan. Dalam dok bersembang dengan bapa, idah beritahu nak minta izin balik lepas solat zohor nanti. Bapa kata awalnya nak balik..tak puas dia nak bermanja dengan cucunya Umairah..lepas tu bapa hulurkan telefon bimbitnya & minta abang berikan umairah kat pelukannya kejap. Bapa minta adik bongsu idah..syakilla rakamkan gambar Umairah dengan bapa sebanyak 3 kali. Idah cakap kat bapa, jangan risau Insya'ALLAH nanti ida amik cuti balik kampung lagi. Bapa hanya angguk & senyum.

Usai solat zohor, idah & abang bersiap-siap nak balik Sandakan. Idah bawa Umairah masuk bilik bapa. Idah tengok masa tu bapa duduk menyandar kat kepala katil sambil mengenggam kedua-dua tangan, mulut bapa terkumat kamit, mata dipejamkan. Idah usap lembut kat bahu bapa, bapa buka mata & tersenyum..bapa cakap kamu dah nak balik ke?..idah jawab ya pak..nanti lewat bertolak idah risau lewat sampai ke Sandakan lagi pun Umairah masih terlalu kecil lagi. Bapa ajak idah ke ruang tamu rumah. Abang dah siap masukkan barang-barang ke dalam kereta. Selepas memastikan tak ada barang yang tertinggal, kami pun mohon diri untuk bertolak balik. Idah salam mama, peluk & kucup pipi mama (dalam hati dah sebak dah tapi tahan juga jangan sampai airmata gugur) tiba turn nak salam bapa idah dah tak tahan nak menangis..bapa peluk idah & kucup pipi idah..idah pesan kat bapa, jaga kesihatan, jangan terlalu memandu. Jika nak ke mana-mana minta tolong adik yang temankan.  Bapa hanya angguk & langsung tak nak tengok muka idah (dalam hati dah rasa lain sangat tapi idah doakan yang terbaik buat bapa & mama).

Ya ALLAH..baru 2 jam kami berada di Sandakan..bapa dah dimasukkan ke wad kecemasan kerana muntah & berak darah..Ya ALLAH Engkau lindungilah bapa hamba. Selamatkanlah dia Ya ALLAH. Sesungguhnya hanya pada-Mu hamba memohon & mengadu sesuatu. 09hb Feb juga ulang tahun kelahiranku yang ke 31 tahun. "Ayang..selamat hari lahir ya..abang minta maaf tak dapat nak hadiahkan apa-apa selain ucapan & doa.." itulah hadiah yang amat bernilai pada idah walau hanya sekadar ucapan & doa. Idah faham keadaan abang masa tu. Sepanjang perjalananan idah tak henti berdoa agar perjalanan kami selamat & lancar..idah doakan kesejahteraan bapa & mama. Ya ALLAH permudahkanlah segalanya & janganlah dipersulitkan..AMIN..

Alhamdulillah kami selamat tiba di destinasi jam 0900 pagi 10hb Feb. kami terus ke hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.  Sayunya hati idah melihat riak wajah mama yang keletihan setia menanti perkembangan suaminya.  Idah terus salam & peluk mama. Idah tanya mama dah makan ke belum..mama jawab takda selera makan. Mama kata kakak & abang idah balik rumah kejap nak tengok anak-anak. Adik lelaki idah yang bongsu ada kat dalam lapkan badan bapa. Tak boleh nak masuk ramai-ramai katanya.
Idah kata takpa nanti idah minta izin masuk kejap jengguk bapa. Mama hanya mengangguk & terus mengambil Umairah dalam pelukan Idah. Sebaik sahaja mendapat kebenaran oleh jururawat Idah terus masuk ke wad kecemasan & mencari katil bapa. Subhanallah, tenangnya wajah itu tanpa sedikit pun tergambar kesakitan yang ditanggungnya. Bapa masih boleh tersenyum menyambut kehadiranku. Idah peluk bapa seerat-eratnya..sambil berkata pak minta maaf ya..idah lambat sampai. Bapa sempat tergelak sambil mengusap kepalaku. Kata bapa, dia baik-baik saja..jangan risau sangat.

Ya ALLAH..sabarnya seorang insan yang bergelar bapa ini. Dalam menerima ujian-Mu, ia masih mampu tersenyum & tertawa untuk anak-anaknya, malah masih mampu bergurau dengan jururawat & doktor yang merawatnya..walaupun ketika itu terpaksa berpuasa untuk memudahkan doktor melakukan pemeriksaan ke atas dirinya. Tiada keluhan yang keluar dari bibirnya hanya kalimah-kalimah memuji keagungan-Mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH..sembuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh bapa hamba. Kasihanilah bapa hamba Ya ALLAH. Lindungilah dirinya dari marabahaya, kesukaran, kesulitan & bala yang bertimpa-timpa. Hanya pada-Mu Ya ALLAH tempat hamba meluahkan segala rasa hati, hanya pada-Mu Ya ALLAH tempat hamba mengadu & meminta sesuatu. Amin..amin rabbal alamin.








18 Jun 2010

Berjuta Kawan Seribu Sahabat

"Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan"

Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat dan membina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak dipanggil sahabat.

Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana ke mari; ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak rebah. Tanpa pengetahuan kita dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan.

Tatkala payung kita kuncup dia datang membawakan payungnya untuk kita. Lalu kita sama-sama berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, dia rela basah ditimpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia.

Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan. Di manakah anda hendak mencari seseorang yang seperti ini? Sebab itulah mungkin seorang pun payah hendak dicari daripada seribu orang yang ada.

Seorang sahabat seperti digambarkan dalam ejaan JUMAAT; jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh. Dia jujur, maka boleh diletakkan kepercayaan untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita tatkala kita berpergian. Dia unggul, maka kita boleh bersandar pada dia tatkala kita hilang motivasi diri. Dia matang, maka kita boleh dapatkan nasihat-nasihat berguna atau merujuk masalah-masalah semasa yang kita hadapi. Dia asli, maka peribadinya bukan ikutan atau tidak mudah luntur, tetapi selari dengan kehendaknya sebagai insan bertuhan. Dia amanah, maka ciri-ciri ini sangat diperlukan dalam persahabatan. Dia teguh, maka kita boleh bergantung padanya pada sangat-sangat getir.

Itu ciri-ciri sahabat. Tentu payah untuk mendapatkannya. Ia payah sebab kita sendiri tidak bersikap seperti itu. Kalau kita bersikap seperti itu, semua yang akan datang kepada kita adalah orang yang seperti itu. Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dengan lebih baik. Usah harapkan datang seseorang yang memiliki sifat-sifat jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh kalau kita sendiri seorang yang curang, lemah, berfikiran singkat, mudah terpengaruh, tidak amanah dan lembek.

Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan. Daripada satu perkenalan yang mudah menjadi erat apabila adanya pertanyaan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal. Dari situ lahirnya keyakinan. Meskipun kadang-kadang terpaksa memberikan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan, ia tetap pergi kepada yang satu iaitu keikhlasan.

Tips Cinta Sejati - Rasailah Kebahagiaan




Orang yang dicintai akan merasa bahagia.

Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.

Apa itu bahagia? Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?

Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.

Seorang pesakit barah kronik berkata ;

"Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap penyakit barah kronik.

Kerana penyakit ini, saya ditakdirkan boleh menjangka pada tarikh bila saya akan mati.

Jadi, saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa. Saya merasa gembira, puas dan bahagia"

Usah dikata "Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira."

Kerana…kalau begitulah yang dikata, maka begitulah yang dirasa, begitulah jadinya.

Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh si Maha Pencipta.

Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada.
Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.

Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.
Untuk bahagia tidak perlu kaya.

Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.

Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana bahagia itu ada dalam diri manusia.

(( Nasihat ))

Rasa bahagia bukan apabila dicinta, tetapi untuk dicinta perlu rasa bahagia.



__._,_.___

17 Jun 2010

Petua Atasi Penat & Elak Kesusahan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajaroleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pun pergilah bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.ini. Kata Saidini Ali ; "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Maka sayugianya dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian, supaya mengamalkan membaca `Subhanallah' (33 kali), `Alhamdulillah' (33 kali)dan `Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) . Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.

Maka akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman, insyaAllah.



__._,_.___

Tips Menggembirakan Hati Duka Lara

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.


Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti `Keras'

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

23 April 2010

Mama...


23 April 2010
Pandan Indah, KL

Jam dah menunjukkan 3 am..tapi mata ni susah sangat nak tido. Sekejap badan mengiring ke barat kejap ke timur..ermmm..nak kata panas tak juga..mungkin gelisah sebab mama akan balik ke Sabah 25 April ni..uhuhu..so sad..

Hampir sebulan mama dok kat sini..tapi mama kena balik awal ke kampung tercinta. Banyak perkara mama nak setelkan..yolah..next month..my wedding. Memang rasa bersalah sangat2 sebabnye tak dapat nak membantu apa yang patut 4 my wedding day. Kahwin kat Sabah..tapi ida pula keja kat KL..cuti seminggu sebelum...kesian my parent..adik beradik..

Mama dah tak senang duduk kat sini. Asyik kata..kueh tak order lagi..gift nak tambah ke tak..menu kahwin nak bepa jenis..aduiyai..Terima kasih mama..sesungguh anakmu ini terlalu bersyukur memiliki seorang 'MAMA' yang prihatin kepada anak-anaknya...Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH kerana menganugerahkan aku Insan Yang Terbaik ini..

Isk..isk rasa macam nak nanggis lah pula..sabar ida..dun cry babe..senyummmmm

Ida harus akui..mama adalah my inspriration..'Super Woman'..itulah gelaran yang sering bermain dibibir ku untuk my mum. Mama memang seorang wanita, isteri dan ibu yang tabah. Melahirkan 14 orang cahayamata lalu membesarkan dan mendidik kami..bukanlah suatu kerja yang mudah. Dengan pelbagai ragam, citarasa, hobi..tetapi mama tetap sabar melayan kerenah anak-anaknya walau apapun cabaran yang perlu dihadapi.

Masih segar diingatan ini, bila perniagaan keluarga kami mengalami kejatuhan dan kerugian yang besar..sehinggakan kemewahan yang pernah dirasai..hilang sekelip mata..alahai airmata nak keluarla pula..sabarlah ek..ida nak abeskan catatan ni dulu..nanti keluar banyak2 pun takpa. Ok Continue..masa tu memang cukup susah dan perit..ida rasa macam dah tak nak abeskan pengajian dah..tapi mama lah orang yang banyak bagi nasihat..kata mama..Sabar dan berdoa banyak2..Sabar adalah penawar penyakit dan duka kata mama, manakala doa kita mungkin kita rasa lambat ALLAH tunaikan..namun Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba hambaNYA..pasti ALLAH mengaturkan sesuatu yang baik untuk kita melebihi apa yang telah kita hajatkan..InsyaALLAH..itulah kata hikmah mama yang ida sisip rapi dalam hati ida sehingga hari ini..

Kepada kawan kawan ida berharap sangat..walaupun ibubapa kita pernah tersilap dalam mendidik atau membesarkan kita..tapi ingatlah mereka juga insan biasa..yang pasti akan melakukan kesilapan dalam hidup..maafkanlah mereka..jangan simpan dendam di hati anda terhadap mereka, sayangilah mereka, hormatilah mereka..kerana kita tidak akan berpijak di bumi ini pada hari ini tanpa insan yang bergelar 'IBUBAPA'. Doakanlah Kesejahteraan mereka..semoga ALLAH merahmati kita dan dipertemukan dengan orang tua kita di Syurga..AMIN..

29 Januari 2010

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Alhamdulillah hasil keinginan dan angan-angan hehe.. akhirnya terhasilah Blog ini mengikut acuan empunya diri untuk dikongsikan bersama anda yang sudi. Terima kasih di atas kesudian dan sokongan anda terhadap blog yang pada saya belum cukup sempurna lagi =). Kata orang jika kita ingin berjaya, jangan malu mencuba dan yang penting adalah 'Usaha'..betul tak?..

Kata 'mama'..jika ingin mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yang kita lakukan..'Niat' kena betul..tak boleh 'Corner-corner'..'Ikhlas' & bersungguh-sungguh melakukannya.

Kata 'mama' lagi..'Jangan' melakukan sesuatu perkara separuh 'Hati' & 'Jalan'. Bak kata pepatah melayu " Seperti melepaskan batuk di tangga". Ewah-ewah..ibu kalau dah berkata-kata..bagaikan 'Sasterawan' Negara =)..apa-apa pun ibu memang 'Penasihat' yang terbaekkk.. ida bagi tabik spirng for my luvly 'mama'

Alhamdulillah, melalui Kata 'mama' jugalah..maka terhasilnya 'Blog' yang masih perlu banyak penambahbaikan ini. Apa pun Ida akan belajar dan terus belajar untuk menghasilkan entry ceria, bermanafaat & memenuhi citarasa anda.

Isk..isk panjang lebar 'Mukadimah' Ida ye..hehe..sekadar nak 'Test Power' je. Manalah tau ada 'Talent' jadi 'Ahli Sasterawan Negara' kan..AMIN

Nak cakap apa lagi ek..emm..oklah..untuk semua rakan-rakan..saudara mara..dan mereka yang sewaktu dengannya..jengguk-jengguklah 'Blog' saya ini ye..pendapat @ idea anda amat dialu-alukan..

See yaa!!