Powered By Blogger

10 Mei 2012

Sabarnya Seorang Bapa..



09hb Februari 2012
0900pm
Sandakan, Sabah

Baru 2 jam sampai kat rumah di Sandakan. Abang pula baru nak lelapkan mata sebab keletihan memandu hampir 6 jam dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Idah pula baru nak makan selepas tidurkan Umairah. Baru nak masukkan suapan pertama, handset berbunyi..kat skrin nama tertera 'Bonda'..perasaan idah da tak keruan. Mama beri salam dan bertanya cucunya dah tidur ke belum? Idah jawab dah tidur dengan abahnya. Suara ibu kedengaran tenang saja. Selepas itu, mama cakap.."idah..mama ada nak beritahu ni..tapi idah jangan kelam-kabut & terkejut ya..". Idah dah mula tak sedap hati. Idah jawab..kenapa ma? bapa ok kan?. Mama senyap buat beberapa saat..lalu berkata "bapa muntah & berak darah..banyak nak..sekarang mama kat wad kecemasan dengan adik-beradik kamu yang lain. Astaghfirullahalazim..Ya ALLAH..idah tanya mama bagaimana keadaan bapa sekarang. Mama cakap bapa agak stabil dan masih di monitor oleh doktor kat wad kecemasan.  Idah cakap kat mama..Insya'ALLAH nanti idah khabarkan pada abang. Jika bukan malam ini juga kami balik ke kampung, awal pagi nanti.  Idah kejutkan abang & khabarkan berita bapa. Abang kata pukul 2 pagi nanti kita bertolak ya yang, lagi pun masa tu lori besar tak banyak sangat. Idah jawab baiklah, abang rehatlah dulu. Idah berdoa dalam hati semoga semuanya selamat & dipermudahkan.

 "Kami balik pada 04hb Feb untuk melawat bapa yang sakit dan melawat mama serta adik-beradik kampung. Hampir seminggu di kampung idah & abang mohon izin kembali ke Sandakan atas sebab tuntutan kerja & cuti yang tak banyak. Selama kami di kampung, idah lihat bapa ceria, bersemangat, ada selera makan & yang paling penting tak tunjuk langsung sakit yang dialaminya. Bila idah tanya bapa ok tak..ada rasa kurang selesa & sakit kat mana-mana tak..bapa akan jawab..macam biasalah nak..sakit tua..da check up doktor kata tekanan darah normal, paras gula normal, gout bapa pun dah tak kerap datang dah. Malah bapa siap bergurau..kalau idah nak adik boleh lagi ni..idah gelak sambil urut kaki bapa..dalam hati dah sebak dah tak sanggup nak tengok mata bapa. Idah jawab kat bapa..alala kalau idah nak adik pun..kena minta lampu hijau dari mama juga...bapa gelak sakan. Dalam dok bersembang dengan bapa, idah beritahu nak minta izin balik lepas solat zohor nanti. Bapa kata awalnya nak balik..tak puas dia nak bermanja dengan cucunya Umairah..lepas tu bapa hulurkan telefon bimbitnya & minta abang berikan umairah kat pelukannya kejap. Bapa minta adik bongsu idah..syakilla rakamkan gambar Umairah dengan bapa sebanyak 3 kali. Idah cakap kat bapa, jangan risau Insya'ALLAH nanti ida amik cuti balik kampung lagi. Bapa hanya angguk & senyum.

Usai solat zohor, idah & abang bersiap-siap nak balik Sandakan. Idah bawa Umairah masuk bilik bapa. Idah tengok masa tu bapa duduk menyandar kat kepala katil sambil mengenggam kedua-dua tangan, mulut bapa terkumat kamit, mata dipejamkan. Idah usap lembut kat bahu bapa, bapa buka mata & tersenyum..bapa cakap kamu dah nak balik ke?..idah jawab ya pak..nanti lewat bertolak idah risau lewat sampai ke Sandakan lagi pun Umairah masih terlalu kecil lagi. Bapa ajak idah ke ruang tamu rumah. Abang dah siap masukkan barang-barang ke dalam kereta. Selepas memastikan tak ada barang yang tertinggal, kami pun mohon diri untuk bertolak balik. Idah salam mama, peluk & kucup pipi mama (dalam hati dah sebak dah tapi tahan juga jangan sampai airmata gugur) tiba turn nak salam bapa idah dah tak tahan nak menangis..bapa peluk idah & kucup pipi idah..idah pesan kat bapa, jaga kesihatan, jangan terlalu memandu. Jika nak ke mana-mana minta tolong adik yang temankan.  Bapa hanya angguk & langsung tak nak tengok muka idah (dalam hati dah rasa lain sangat tapi idah doakan yang terbaik buat bapa & mama).

Ya ALLAH..baru 2 jam kami berada di Sandakan..bapa dah dimasukkan ke wad kecemasan kerana muntah & berak darah..Ya ALLAH Engkau lindungilah bapa hamba. Selamatkanlah dia Ya ALLAH. Sesungguhnya hanya pada-Mu hamba memohon & mengadu sesuatu. 09hb Feb juga ulang tahun kelahiranku yang ke 31 tahun. "Ayang..selamat hari lahir ya..abang minta maaf tak dapat nak hadiahkan apa-apa selain ucapan & doa.." itulah hadiah yang amat bernilai pada idah walau hanya sekadar ucapan & doa. Idah faham keadaan abang masa tu. Sepanjang perjalananan idah tak henti berdoa agar perjalanan kami selamat & lancar..idah doakan kesejahteraan bapa & mama. Ya ALLAH permudahkanlah segalanya & janganlah dipersulitkan..AMIN..

Alhamdulillah kami selamat tiba di destinasi jam 0900 pagi 10hb Feb. kami terus ke hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.  Sayunya hati idah melihat riak wajah mama yang keletihan setia menanti perkembangan suaminya.  Idah terus salam & peluk mama. Idah tanya mama dah makan ke belum..mama jawab takda selera makan. Mama kata kakak & abang idah balik rumah kejap nak tengok anak-anak. Adik lelaki idah yang bongsu ada kat dalam lapkan badan bapa. Tak boleh nak masuk ramai-ramai katanya.
Idah kata takpa nanti idah minta izin masuk kejap jengguk bapa. Mama hanya mengangguk & terus mengambil Umairah dalam pelukan Idah. Sebaik sahaja mendapat kebenaran oleh jururawat Idah terus masuk ke wad kecemasan & mencari katil bapa. Subhanallah, tenangnya wajah itu tanpa sedikit pun tergambar kesakitan yang ditanggungnya. Bapa masih boleh tersenyum menyambut kehadiranku. Idah peluk bapa seerat-eratnya..sambil berkata pak minta maaf ya..idah lambat sampai. Bapa sempat tergelak sambil mengusap kepalaku. Kata bapa, dia baik-baik saja..jangan risau sangat.

Ya ALLAH..sabarnya seorang insan yang bergelar bapa ini. Dalam menerima ujian-Mu, ia masih mampu tersenyum & tertawa untuk anak-anaknya, malah masih mampu bergurau dengan jururawat & doktor yang merawatnya..walaupun ketika itu terpaksa berpuasa untuk memudahkan doktor melakukan pemeriksaan ke atas dirinya. Tiada keluhan yang keluar dari bibirnya hanya kalimah-kalimah memuji keagungan-Mu Ya ALLAH.

Ya ALLAH..sembuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh bapa hamba. Kasihanilah bapa hamba Ya ALLAH. Lindungilah dirinya dari marabahaya, kesukaran, kesulitan & bala yang bertimpa-timpa. Hanya pada-Mu Ya ALLAH tempat hamba meluahkan segala rasa hati, hanya pada-Mu Ya ALLAH tempat hamba mengadu & meminta sesuatu. Amin..amin rabbal alamin.








1 ulasan:

Mummy Sher berkata...

fren..aku nak follow blog ko ni..tapi tak boleh lah..;(